ismakualaterengganu

Keseragaman standard perlu untuk tingkatkan sektor halal

ISTANBUL, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Keseragaman standard halal antara negara-negara Islam boleh membuka lebih banyak potensi perdagang...

ISTANBUL, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Keseragaman standard halal antara negara-negara Islam boleh membuka lebih banyak potensi perdagangan dan pelaburan dalam sektor halal di kalangan 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan melangkauinya.

Ketika merasmikan Ekspo Halal OIC kelima Menteri Ekonomi Turki, Nihat Zeybekci berkata negara-negara Islam perlu mempunyai standard halal yang seragam kerana jika tidak, perkongsian mereka dalam sektor halal tidak dapat berkembang.

“Kita perlu bersama-sama dalam perkara ini, berunding satu sama lain. Kita yang harus membuat peraturan yang disokong oleh pakar dan sarjana Islam, dengan mengambil kira sensitiviti yang terlibat,” kata beliau di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Lutfi Kirdar.

Dalam hubungan ini, Zeybekci berkata lebih banyak negara anggota OIC harus memanfaatkan Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC) yang berpusat di Istanbul yang antara lain bertujuan untuk merealisasikan standard bersama dan mewujudkan skim penilaian pematuhan untuk mempercepatkan pertukaran barangan perkilangan dan produk di dunia Islam di bawah naungan OIC.

Beliau berkata, Turki berada di ambang menubuhkan agensi pensijilan halal sambil menggariskan bahawa negara itu bersedia untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam domain ini dengan negara-negara lain.

Ekspo halal selama tiga hari itu dianjurkan serentak dengan Sidang Kemuncak Halal Sedunia (WHS) Istanbul 2017.

Dalam ucapannya yang dibacakan pada majlis perasmian, Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen berkata kumpulan itu perlu menangani isu standard dan pensijilan halal untuk meningkatkan lagi jumlah perdagangan dan pelaburan antara negara anggota OIC.

Beliau juga berkata lebih banyak data dan maklumat perlu di susun dan dikongsi di kalangan pihak-pihak berkepentingan untuk memudahkan perniagaan dalam sektor halal.

“Kita perlu mencari cara untuk mencapai paras 25 peratus dalam perdagangan di kalangan negara-negara Islam menjelang 2025,” kata beliau.

Pameran itu yang menyaksikan penyertaan kira-kira 200 syarikat dan jenama meliputi pelbagai segmen halal seperti makanan, kewangan Islam, pelancongan, haji dan umrah, perubatan, kosmetik, tekstil dan pembungkusan.

Ekspo Halal OIC dan WHS diadakan di bawah naungan Presiden Turki ecep Tayyip Erdogan. -Bernama

 

The post Keseragaman standard perlu untuk tingkatkan sektor halal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 7742055698875489430

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item