ismakualaterengganu

KPDNKK diarah periksa bekalan barangan menjelang musim tengkujuh

SELAMA, 22 Safar 1439H, Sabtu – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memb...

SELAMA, 22 Safar 1439H, Sabtu – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah membuat pemeriksaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi terutama pada musim tengkujuh.

Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Friends KPDNKK bagi memastikan barangan keperluan mencukupi dan tidak dijual pada harga tidak masuk akal.

“Kita tidak mahu ada peniaga mengaut keuntungan pada musim banjir sehingga ia menyulitkan pengguna. Sesiapa yang didapati menyorok barangan akan diambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Rakit Larut di Kampung Teluk Mas, Sungai Bayur dekat sini, hari ini.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Jabatan Meteorologi musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula Isnin depan hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di pantai timur semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, kementeriannya akan mengadakan Jualan Mega pada 22 hingga 26 Nov ini di bulatan Amanjaya di Meru, Ipoh.

Katanya, sebanyak 200 gerai jualan akan dibuka membabitkan penyertaan beberapa syarikat besar untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan.

Hamzah berkata, lebih 500,000 penggunjung dijangka mengunjungi Jualan Mega itu dengan sasaran jualan sebanyak RM15 juta berbanding RM11 juta pada Jualan Mega di Johor tahun lalu,” katanya.- Bernama

The post KPDNKK diarah periksa bekalan barangan menjelang musim tengkujuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 6942546761525339747

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item