ismakualaterengganu

Kubur besar 400 mangsa Daesh ditemui di utara Iraq

HAWIJAH (IRAQ), 23 Safar 1439H, Ahad – Sebuah kubur besar mengandungi sekurang-kurangnya 400 mayat disyaki mangsa kumpulan militan Daesh...

HAWIJAH (IRAQ), 23 Safar 1439H, Ahad – Sebuah kubur besar mengandungi sekurang-kurangnya 400 mayat disyaki mangsa kumpulan militan Daesh, ditemui di utara Iraq, semalam.

Tanah perkuburan itu ditemui berdekatan pangkalan udara Rashad tidak jauh dari kubu kuat Daesh di Hawijah, kira-kira 45 kilometer di barat Kirkuk.

Oktober lalu, tentera Iraq menawan semula Hawijah yang dikuasai Daesh, yang menjadi salah satu kawasan dan kubu kuat kumpulan militan itu.

Pangkalan udara Rashad kira-kira 30 kilometer dari Hawijah digunakan Daesh sebagai kem latihan dan depot logistik.

Sudah menjadi cara Daesh untuk memenjara dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang peraturan mereka. Penemuan kubur besar itu sesuatu yang penting, terutama kepada keluarga mangsa yang mencari mereka selama bertahun-tahun.

Menurut penduduk, militan Daesh menjadikan pangkalan tentera itu sebagai tempat melaksanakan hukuman mati.

Penemuan kubur besar itu bukan yang pertama sejak Daesh diusir dari beberapa kawasan di Iraq dan Syria.

Ogos lalu, penyiasat tentera Iraq menemui dua kubur besar berdekatan bekas penjara Daesh di luar Mosul yang mengandungi 500 mayat.

Awal bulan ini, agensi berita Associated Press (AP) melakukan kajian yang merumuskan Daesh mengebumikan ribuan mangsa mereka di sekurang-kurangnya 72 kubur besar di seluruh Iraq dan Syria.

Melalui temu bual, gambar dan kajian, AP memperoleh 17 kubur besar di Syria, termasuk satu kubur yang mengandungi ratusan mayat anggota satu suku puak yang dihapuskan apabila Daesh mengambil alih kawasan mereka.

Daripada 72 kubur besar yang didokumentasi dan disiasat, kubur paling kecil mengadungi tiga mayat, manakala yang terbesar dipercayai mempunyai ribuan mayat. – Agensi

The post Kubur besar 400 mangsa Daesh ditemui di utara Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3609790262050578492

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item