LAHIRNYA RAHMAT SELURUH ALAM

oleh Habsah Binti Abdul Shaer

PORT DICKSON, 28 November 2017 – “Lahirnya junjungan besar Muhammad saw memberi rahmat kepada sekelian alam (rahmatan lil alamin). Islam yang dibawa Rasulullah mengubah sistem jahiliah dari pelbagai aspek seperti pengkelasan masyarakat, kedudukan wanita dalam masyarakat dan sistem ekonomi” kata Ustazah Hayati Mohd Zari, JK Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan nilai, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dalam program Usrah Wanita di Taman Intan Perdana, Port Dickson baru-baru ini.

Menurut Ustazah Hayati lagi, dengan kedatangan Islam, semua manusia adalah sama taraf di sisi Allah kecuali yang bertakwa dan memuliakan kedudukan kaum wanita. Ini berbeza pada zaman jahiliah di mana wanita dan hamba dianggap paling hina di dalam masyarakat. Oleh sebab itu amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.

“Rasulullah memberi rahmat kepada sekelian alam dengan mengubah sistem ekonomi jahiliah kepada Islam. Tiada lagi penindasan dan penipuan dalam jual beli. Amalan riba’ juga diharamkan.” Kata beliau lagi.
beberapa tafsir telah memberikan maksud yang berbeza tentang rahmatan lil alamin ini.

Dalam program anjuran Wanita Isma cawangan Port Dickson ini, Ustazah Hayati turut menjelaskan bahawa bulan Rabiul Awal dimuliakan dengan kelahiran Rasulullah saw. Kita dapat merasakan suasana yang selesa sepanjang bulan Rabiul Awal kerana keadaan cuaca yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Usrah wanita yang telah diadakan sempena kelahiran kekasih Allah, nabi Muhammad saw kali ini bukan semata-mata menceritakan tentang Islam yang dibawa Rasulullah menjadi rahmat ke seluruh alam, malahan turut menerangkan tentang kelebihan berselawat.

“Malaikat akan pasti sampaikan ucapan selawat umat Islam kepada Rasulullah saw walaupun tidak dilakukan dengan ikhlas. Berbeza dengan amalan lain, keikhlasan perlu ada untuk Allah terima segala amalan kita.” Tambah beliau lagi.

Diakhir ceramahnya yang bermula jam 8 malam itu, ustazah Hayati berpesan kepada hadirin yang hadir agar sentiasa meningkatkan keimanan dan sentiasa berpegang kepada al-quran dan as-sunnah serta sentiasa menghadiahkan selawat ke atas baginda saw.

Turut hadir pada program tersebut adalah Puan Kamaliah Abdul Hamid, Ketua Wanita Isma Cawangan Port Dickson.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian