Larangan bertudung: Minda pengusaha hotel masih terjajah, merendahkan martabat agama

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Polisi larangan bertudung pekerja kaunter depan dalam sektor perhotelan menggambarkan pemikiran sekular masih berleluasa dalam masyarakat di negara ini.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammad Razak Idris berkata, sepatutnya isu larangan bertudung ini tidak timbul, kerana kualiti dan prestasi sesuatu pekerjaan tidak bergantung kepada pemakaian.

Katanya, bila berlaku sedemikian, ia dengan jelas menunjukkan pemikiran pengusaha-pengusaha hotel masih lagi terjajah.

“Mereka sepatutnya mengubah minda dan fikiran yang kelihatan masih terjajah, yang disebut sebagai pemikiran yang merendahkan agama dalam industri pekerjaan.

“Pengusaha hotel perlu jelas yang harus diutamakan ialah nilai dan etika pekerja , tidak bermakna memakai tudung menyebabkan seseorang pekerja itu a kehilangan etika, nilai, dan juga profesionalisme dan urusan pekerjaan.

“Jadi jangan melihat sesuatu atau menzahirkan pemakaian sebagai penghalang kepada industri penghotelan, khususnya di negara ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahan tindakan hotel melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk).

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Bagaimanapun semalam, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berjanji untuk menyerahkan senarai lebih 20 hotel mewah yang dikenalpasti melaksana polisi larangan bertudung itu kepada Jabatan Sumber Manusia.

Mengulas lanjut Dr Razak berkata, beliau berharap ada tindakan tegas diambil terhadap pengusaha hotel yang cuba bersikap diskriminasi ini.

Katanya, mereka perlu tahu sikap melarang pekerja bertudung telah melanggari hak asasi manusia dan agama yang dipersetujui bersama di negara ini.

“Apatah lagi dalam konteks di Malaysia, hak beragama itu sudah diiktiraf oleh Perlembagaan dan seharusnya semua pihak perlu meghormati sebagaimana majoriti Muslim mnghormati hak agama bukan Muslim.

“Justeru, saya amat bersetuju supaya sebarang bentuk tindakan dan tekanan dalam bentuk perundangan dikenakan kepada mereka tidak menghormati dasar dan asas Perlembagaan,” katanya.

The post Larangan bertudung: Minda pengusaha hotel masih terjajah, merendahkan martabat agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian