ismakualaterengganu

Larangan bertudung siri penghinaan terhadap Syiar Islam: Timbalan Mufti Perak

Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 25 Safar 1439H, Selas a – Alasan polisi antarabangsa bagi melarang pemakaian tudung oleh pekerja wanita be...

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 25 Safar 1439H, Selasa – Alasan polisi antarabangsa bagi melarang pemakaian tudung oleh pekerja wanita beragama Islam adalah siri penghinaan terhadap hak asasi wanita muslimah, kata Timbalan Mufti Perak.

Ustaz Zamri Hashim berkata, sesiapa pun tidak berhak melarang orang lain untuk mengamalkan Islam, termasuk amalan bertudung.

“Ia merupakan siri penghinaan terhadap syiar, simbol, syariat Islam. Lebih dari itu, kita nampak ia cuba memperlekeh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Dalam masa yang sama, mereka telah mengguris perasaan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu industri perhotelan negara yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Lebih kontroversi apabila Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan industri perhotelan itu dengan menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Ustaz Zamri yang juga Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh berkata, tindakan melarang wanita bertudung sememangnya adalah satu bentuk diskriminasi.

Katanya, beliau pelik dengan sikap segelintir pihak, apabila Islam digoyah, tidak ada yang cuba mempertahan, malah menuduh sebagai diskriminasi.

“Ada sesetengah pihak yang begitu cepat respon terhadap perkara yang dianggapnya sebagai diskriminasi terhadap orang bukan Islam, tetapi tidak sensitif terhadap hak-hak umat Islam yang didiskriminasi,” katanya.

The post Larangan bertudung siri penghinaan terhadap Syiar Islam: Timbalan Mufti Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4578863667033179580

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item