Larangan terhadap wanita bertudung dalam perhotelan perlu diteliti

KUANTAN, 23 Safar 1439H, Ahad – Polisi larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan mungkin perlu diteliti bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ketua Puteri UMNO itu juga berpandangan isu tersebut tidak sepatutnya timbul memandangkan Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam agama rasmi selain memperuntukkan kebebasan untuk rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing.

“Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Negeri Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Sementara itu, mengulas arahan menghentikan langganan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia oleh kerajaan negeri Selangor, Mas Ermieyati menyifatkannya sebagai satu perbuatan yang jumud dan mencerminkan ketidakmatangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

“Kedua-dua akhbar ini bukan sahaja mengeluarkan berita tentang politik tetapi berkembangan semasa bukan sahaja di dalam tetapi juga luar negara… saya harap beliau dapat mempertimbangkan soal ini kembali kerana jika ia dihentikan, ia akan beri kesan kepada percetakan kedua-dua akhbar dan kakitangannya.

“Seperti mana yang kita tahu percetakan akhbar kini mengalami kemerosotan berikutan era digital dan apabila tidak ada pembelian, ia akan beri kesan kepada prestasi jualan akhbar itu sendiri. Jadi kita berharap Azmin akan berfikir mengikut akal fikiran dan bukannya mengikut hati,” katanya.- Bernama

 

The post Larangan terhadap wanita bertudung dalam perhotelan perlu diteliti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian