Lebih 1,000 pelarian kembali semula ke Syria

AMMAN, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Lebih 1,000 pelarian Syria yang mencari perlindungan di Jordan telah pulang ke rumah mereka setiap bulan sejak Julai lalu, selepas gencatan senjata dikuatkuasa di selatan negara itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), gencatan senjata telah membebaskan sebahagian besar wilayah selatan Syria membabitkan Daraa, Quneitra dan Suweida sejak ia berkuatkuasa 9 Julai lepas.

Jurucakap agensi pelarian PBB di Amman, Mohammad Al Hiwari berkata, sejak gencatan itu, bilangan rakyat Syria yang kembali semula ke negara itu secara sukarela meningkat.

“Hari ini bilangan itu meningkat kepada kira-kira 1,000 orang sebulan secara purata,” katanya.

Al Hiwari berkata, jumlah pelarian yang kembali secara sukarela ke Syria meningkat kepada 1,203 orang pada Ogos dan 1,078 (September).

“Sepanjang tempoh enam bulan gencatan senjata, seramai 1,700 pelarian Syria kembali ke negara asal mereka,” katanya.

Jordan berkongsi sempadan dengan di Syria, di mana lebih 470,000 rakyatnya terbunuh sementara berjuta-juta lagi dipindahkan sejak konflik berlaku di negara itu pada 2011.

PBB berkata, Jordan menjadi hos kepada lebih 650,000 pelarian Syria, namun pihak berkuasa kerajaan membenarkan 1.3 juta mereka berlindung di negara itu.- Agensi

The post Lebih 1,000 pelarian kembali semula ke Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian