Leksikon bahasa Najib semakin kesat, sindir Kadir Jasin

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Perbendaharaan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin kasar dan kesat, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Membandingkan dengan Perdana Menteri sebelum ini, beliau berkata, sepanjang pengetahuannya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein; Almarhum Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menggunakan bahasa seperti itu di khalayak atau dalam sidang akhbar.

Beliau berkata, sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, ada aspek menarik mengenai Najib iaitu khazanah katanya.

“Bagi saya yang mengenali beliau sejak tahun 1977, perubahan bahasa itu agak memeranjatkan kerana ia bercanggah dengan perwatakan beliau yang saya ketahui.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, leksikon bahasa beliau menjadi semakin berwarna – orang putih kata “colourful” – yang membawa maksud kasar, kesat atau lucah,” katanya dalam blog beliau, semalam.

Kadir menyenaraikan antara leksikon yang disebut oleh Najib, antaranya:

Haram jadah – ditujukan kepada peneroka Felda yang dituduhnya tidak menyokong Barisan Nasional.

Bangang – ditujukan kepada blogger/laskar siber UMNO yang bergaduh sesama sendiri.

Kepala bapak kau – kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Tun Dr Mahathir.

Stupid (bodoh) – juga kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Tun Dr Mahathir.

Bangsat – amaran kepada orang Melayu sekiranya Barisan Nasional kalah.

Kadir berkata, dalam cariannya mengenai leksikon Bugis, beliau tidak menemui contoh atau bukti bahawa mereka adalah suku kaum yang suka mencarut atau menggunakan bahasa kasar.

“Sebaliknya saya mendapati orang Bugis kaya dengan khazanah bahasa yang lembut dan petua yang penuh falsafah,” katanya.

The post Leksikon bahasa Najib semakin kesat, sindir Kadir Jasin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian