Lelaki 81 tahun ditahan pandu menentang arus di LPT

KUANTAN, 22 Safar 1439H, Sabtu – Polis telah menahan pemandu yang dirakam memandu menentang arus di Km 234 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tiga hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supritendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, lelaki warga emas berusia 81 tahun tersebut ditahan pada hari yang sama oleh polis yang melakukan rondaan.

“Sebuah kereta peronda polis mengekori kenderaan suspek dan dia ditahan di Plaza Tol Kuantan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang berasal dari Sungai Lembing itu akan didakwa pada 27 Nov ini namun buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau mengulas mengenai klip video yang tular di laman sosial yang menunjukkan sebuah kereta Proton Savy dipandu menentang arus di lebuh raya itu yang dipercayai berlaku pada 4.45 petang, 9 November lalu.

Kereta itu dipercayai dipandu dalam keadaan sedemikian dari susur keluar Gambang menghala Plaza Tol Kuantan.- Bernama

The post Lelaki 81 tahun ditahan pandu menentang arus di LPT appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian