Lima lagi penduduk Palestin terperangkap dalam terowong

BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Lima lagi penduduk Palestin belum ditemui, dipercayai terperangkap dalam runtuhan terowong yang diletup Zionis, di selatan Semenanjung Gaza, kelmarin.

Memetik kenyataan Aman Palestin hari ini, pencarian mangsa yang terperangkap dalam terowong akan disambung esok.

“Masih terdapat lima lagi rakyat Palestin yang hilang di bawah runtuhan terowong tersebut. Pencarian akan diteruskan menggunakan kelengkapan yang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Ahad lalu, Israel melancarkan lima peluru berpandu ke arah terowong yang digali di Khan Younis menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh mati dan 14 yang lain cedera.

Lima daripada yang terbunuh adalah anggota sayap bersenjata Jihad Islam – Brigade al-Quds – dan dua lagi adalah anggota Brigade Izz Eddine al-Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Dilaporkan, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniya turut serta melakukan solat jenazah dan pengebumian mangsa letupan terowong dan insiden pembunuhan di Masjid Buriej.

The post Lima lagi penduduk Palestin terperangkap dalam terowong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?