Mahkamah sekat arahan Trump halang transgender sertai tentera
WASHINGTON, 12 Safar 1439H, Rabu – Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menggantung sementara arahan Presiden Donald Trump yang menghalang transgender daripada menyertai tentera.
Perkara itu diputuskan Hakim Kollar-Kotelly dengan membenarkan pengambilan terbuka rekrut baharu dan kakitangan transgender untuk perkhidmatan.
Terdahulu, Trump memberi tempoh enam bulan kepada Pentagon untuk memecat ribuan transgender yang kini berkhidmat dalam perkhidmatan tentera AS.
Sebaliknya, hakim berkata, alasan presiden untuk mengharamkan pekerja tidak disokong sebarang fakta dan telah ditolak oleh tentera.
Katanya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan injunksi.
Perubahan dasar pada Jun 2016 oleh pentadbiran Obama, membenarkan kakitangan tentera terdiri daripada golongan transgender berkhidmat secara terbuka di AS. – Agensi
The post Mahkamah sekat arahan Trump halang transgender sertai tentera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan