Majlis Sosial Negara akan gubal definisi buli

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Majlis Sosial Negara akan menggubal definisi buli yang lebih konkrit bagi mengenal pasti tahap keseriusan gejala buli di sekolah dan juga dalam kalangan remaja di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata untuk itu, semua agensi dan badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah majlis tersebut diminta menghantar laporan dan cadangan berhubung perkara berkenaan termasuk langkah-langkah menanganinya pada Januari ini.

Berdasarkan laporan terbabit, Majlis Sosial Negara akan merangka definisi buli termasuk perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah buli, katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan ‘Ketakupayaan: Kami Peduli’ di Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara Kampus Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Katanya, definisi tersebut akan dijadikan garis panduan oleh sekolah di negara ini untuk menyediakan laporan yang kemudian akan diserahkan kepada Majlis Sosial Negara bagi penubuhan satu pangkalan data kes buli.

“Kes buli perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjurus kepada gengsterisme dan kes jenayah yang lain,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara, berkata kerajaan bakal melaksanakan empat langkah utama dalam menangani kes buli termasuk melaksanakan pengelasan data yang memenuhi definisi buli yang sebenar.

Sementara itu, Rohani mencadangkan agar kesihatan mental turut dimasukkan dalam polisi yang ditawarkan syarikat insurans.

“Jika aspek kesihatan mental boleh dimasukkan dalam polisi insurans, mungkin dapat bantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental ini terutamanya dari segi rawatan terapi dan ubat-ubatan,” katanya.

Persidangan hari ini yang julung kali diadakan, disertai 300 pelajar dan staf fakulti bagi mendengar mengenai cara-cara penjagaan golongan istimewa. – Bernama

The post Majlis Sosial Negara akan gubal definisi buli appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian