Mangsa banjir di Kedah berkurangan

SUNGAI PETANI, 19 Safar 1439H, Rabu – Jumlah mangsa banjir di lima pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah berkurangan kepada 342 mangsa daripada 87 keluarga pagi ini berbanding 373 mangsa daripada 94 keluarga malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA), Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, satu pusat pemindahan di Dewan Kampung Bujang, Merbok yang menempatkan 29 mangsa daripada enam keluarga telah ditutup.

“Sehingga pukul 8 pagi ini, dua pusat pemindahan masih aktif di Kuala Muda iaitu di Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok yang menempatkan enam mangsa daripada tiga keluarga dan Dewan Setia Budi, Pekula (55 mangsa, 13 keluarga).

“Bagi daerah Kulim pula, dua pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Surau Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas (31 mangsa, enam keluarga); dan Surau Teluk Binu, Sidam Kanan (42 mangsa, 11 keluarga),” katanya.

Menurutnya, di daerah Pendang, satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Mukim Guar Kepayang yang menempatkan 208 mangsa daripada 54 keluarga.- Bernama

The post Mangsa banjir di Kedah berkurangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian