Mangsa banjir di Kedah kekal 213 orang

SUNGAI PETANI, 20 Safar 1439H, Khamis – Jumlah mangsa banjir di Kedah pagi ini kekal 213 mangsa daripada 56 keluarga di satu lagi pusat pemindahan di Pendang.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA), Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata Dewan Rakan Sukan itu dijadikan pusat penempatan mangsa banjir dari mukim Ayer Puteh, Padang Pusing, Guar Kepayang dan Bukit Raya.

“Pusat pemindahan itu mula dibuka pada 5 November lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini sedang dalam misi bantuan pasca banjir bagi membantu membersihkan rumah penduduk di kawasan terjejas banjir baru-baru ini.- Bernama

The post Mangsa banjir di Kedah kekal 213 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian