Mangsa banjir di Kedah meningkat

ALOR SETAR, 28 Safar 1439H, Jumaat – Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah hingga 8 pagi ini meningkat kepada 930 orang berbanding 718, malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA), Kamalruzamal Kasa berkata, enam pusat pemindahan (PP) yang menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di mukim Jitra, tiga pusat telah dibuka di Dewan Kubur Siam yang menempatkan 222 mangsa, Dewan Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra seramai 202 mangsa.

Manakala jumlah mangsa banjir di PP Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau kekal, iaitu masing-masing 130 dan 278 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di Kota Setar pada 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.- Bernama

The post Mangsa banjir di Kedah meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian