Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 834 orang

KOTA BHARU, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 834 orang pada 5 petang ini berbanding 631 orang pada sebelah tengah hari.

Pasir Mas dan Bachok merupakan dua jajahan terbaru dilanda banjir di Kelantan apabila seramai 74 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kedua-dua kawasan itu petang ini.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Pasir Mas, seramai 65 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum (55 mangsa daripada 14 keluarga) dan Masjid Chasi (10 mangsa daripada tiga keluarga).

Di Bachok pula, seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol.

Di Kota Bharu, seramai 412 mangsa daripada 102 keluarga dipindahkan ke tiga PPS membabitkan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kok Lanas (151 mangsa daripada 33 keluarga), Dewan Orang Ramai Pasar Melor (81 mangsa daripada 23 keluarga) dan SK Sri Ketereh (180 mangsa daripada 46 keluarga).

Di Pasir Puteh pula, seramai 245 mangsa dipindahkan ke tiga PPS membabitkan SK Kamil 1 (73 mangsa daripada 25 keluarga), SK Changgai (148 mangsa daripada 47 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada 77 keluarga).

Di Tanah Merah, seramai 87 mangsa dipindahkan ke empat PPS membabitkan SK Kelewek (39 mangsa daripada sembilan keluarga), Madrasah Padang Kijang (37 mangsa daripada 10 keluarga), SK Alor Pasir (tiga mangsa daripada sebuah keluarga) dan Balai Raya Bukit Kechik (lapan mangsa daripada sebuah keluarga).

Sementara itu, di Kuala Krai, lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu SK Chenulang dan lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS SK Pangkal Meleret, Machang.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat iaitu 9.52 meter pada 5 petang ini berbanding 9.34 meter pada 1 tengah hari tadi (paras bahaya 9 meter).- Bernama

The post Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 834 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian