Mangsa banjir Pulau Pinang berkurang

GEORGE TOWN, 21 Safar 1439H, Jumaat – Sejumlah 1,987 mangsa daripada 486 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di negeri ini, berkurang berbanding 2,409 pada malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata hingga 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 16 pusat sementara di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara(SPU).

“Di SPU terdapat 1,694 mangsa daripada 375 keluarga masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan manakala seramai 293 mangsa membabitkan 111 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan di SPT,” katanya di sini, hari ini.

Cuaca di Pulau Pinang kini dilaporkan semakin cerah dan baik.

Ahad lepas, hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama

The post Mangsa banjir Pulau Pinang berkurang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian