Mapim berjaya salur bantuan di Maungdaw, Bhutidung dan Arakan

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1439H, Khamis – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berjaya menghantar bantuan di perkampungan Rohingya dalam wilayah Maungdaw, Bhutidung dan Arakan, Myanmar.

Naib Presidennya, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, usaha getir menerusi perhubungan dengan komuniti Rohingya itu, membolehkan penyaluran wang kecemasan bagi pembelian makanan untuk 105 keluarga di sana.

“Mereka dikesan masih terkepung oleh operasi ganas tentera dan ektremis Myanmar ke arah menghapuskan etnik, selain langsung tidak pernah menerima sebarang bantuan sejak konflik 25 Ogos lalu.

“Keluarga Rohingya yang terancam terpaksa pasrah kepada Allah untuk terus tinggal di sana dan bertahan, walaupun sebahagian besar telah lari menyelamatkan diri ke Bangladesh,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily.net.

Ustaz Tarmizi berkata, keadaan di dalam wilayah itu semakin terdesak dan keperluan asas hidup seperti makanan dan ubatan sangat terhad.

“Junta tentera Myanmar terus melakukan pembantaian kepada penduduk Rohingya termasuk membakar rumah-rumah.

“Mereka juga enggan membenarkan agensi atau NGO bantuan antarabangsa memasuki wilayah ini untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terkepung.

“Walaupun Sukarelawan Mapim dari Malaysia tidak dapat memasuki wilayah ini , usaha perhubungan tempatan yang dibuat telah membolehkan bantuan sampai ke tempat paling kritikal,” katanya.

Di Maungdaw, seramai 70 keluarga di Quarter 5 dan 20 keluarga di Sheil Khali, manakala 15 keluarga lagi di Kampung Buthidong telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 itu.

Orang ramai ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian ke Tabung Kecemasan Rohingya-MAPIM (55520 9522 4432 – Maybank) atau (020 2001 0072 272 – Bank Islam) atau (154 0018 8063 0425 – Al Rajhi Bank).

Sebarang pertanyaan hubungi +60175606131 (Tarmizi) atau Mohd Shukri +60197585658.

The post Mapim berjaya salur bantuan di Maungdaw, Bhutidung dan Arakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian