ismakualaterengganu

MAULIDURRASUL: Fahami Sunnah secara Holistik

  Dalam memperingati peristiwa kelahiran junjungan Nabi s.a.w., umat Islam seharusnya mengambil sikap yang saya panggil sebagai “celik sun...

 

Dalam memperingati peristiwa kelahiran junjungan Nabi s.a.w., umat Islam seharusnya mengambil sikap yang saya panggil sebagai “celik sunnah”, iaitu dengan memahaminya secara holistik.

Menghayati sunnah Rasulullah s.a.w. mempunyai gelinciran yang merbahaya. Amat mudah untuk seseorang itu untuk terperangkap dengan beberapa dan mungkin satu aspek sunnah sahaja sedangkan sunnah itu luas. Kita perlu faham bahawa binaan Islam itu luas dan holistik dari segenap sudut dan begitu juga sunnah Rasulullah s.a.w. Tanpa pendekatan untuk memahami sunnah secara menyeluruh, kita terdedah untuk terperosok masuk ke ruang lingkup yang sempit.

As-syeikh Muhammad Al-Ghazali rahimahullah pernah mengingatkan kita,”Penyusunan hadis-hadis secara ilmiah, seperti yang telah dikarang dan diterima oleh kita, memuatkan hadis-hadis keimanan dalam satu bab, hadis-hadis tentang kehakiman dalam satu bab lain pula dan begitulah seterusnya.

Oleh kerana Islam merupakan gabungan kesemua perkara di atas, maka sunnah seumpama sebuah gedung perniagaan yang besar bagi menjual pakaian. Segala jenis pakaian diletakkan di bahagian-bahagian yang berasingan. Di sini tudung kepala, di sana seluar, di sana baju, di sini pula pakaian labuh dan begitulah seterusnya.

Secara logiknya, sesiapa yang mahukan sepasang pakaian yang lengkap, perlu melalui semua bahagian tersebut, untuk mengambil pakaian yang menutup setiap bahagian badannya, daripada kepala hingga ke kaki.

Tetapi yang kerapkali berlaku adalah kamu melihat ada orang membeli dua biji kopiah atau songkok, lalu keluar dari gedung pakaian itu dengan berkaki ayam. Kamu juga melihat ada orang membeli sehelai sapu tangan, lalu keluar tanpa berpakaian.

Sesungguhnya inilah perumpamaan beberapa golongan yang sibuk dengan sunnah. Tetapi, setelah pusing ke sana ke mari, mereka keluar kepada orang ramai dalam keadaan mengamalkan sebahagian sunnah sahaja, dengan memegang kayu sugi di tangan dan memakai serban tanpa ekor yang mereka anggap sebagai syiar Islam.

Rahsia kesilapan ini ialah mereka telah masuk ke sebuah pameran mega. Kemudian mereka keluar setelah menyangka bahawa agama seluruhnya ada dalam satu hadis atau sunnah tertentu. Mereka sebenarnya telah melakukan keburukan terhadap Al-Quran dan sunnah secara serentak.”

Kita perlu sedar para ulama hadis mengumpul ribuan hadis dengan susunan bab. Ibnu Hazm dikatakan meriwayatkan seribu mukasurat hadis tentang wuduk. Sesiapa yang boleh mendapatkan ilmu seperti ini, tetapi menyibukkan masyarakat awam dengan ilmu secara ini boleh memerangkap mereka dengan kefahaman yang sempit. Mereka hanya sibuk soal tersebut tanpa mempeduli binaan Islam yang sempurna. Maka jadilah umpama si buta dan gajah, apabila si buta memegang belalai gajah, maka kata lah dia gajah ini seperti batang paip yang panjang, dan apabila si buta memegang telinga gajah, maka kata lah ia gajah ini seperti daun kipas yang besar.

Lantaran itu sunnah perlu dihayati dan difahami dalam kerangka Islam yang holistic, barulah kita tidak terperangkap dengan sunnah yang sempit.

 

Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali

Ketua Biro Tarbiyyah ISMA Kuala Terengganu

Sumber

Related

TERKINI 4154683293644604871

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item