MCA gagal tangani masalah anak Cina tercicir belajar

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Ramai mengetahui etnik Cina di Malaysia lebih berjaya dalam bidang ekonomi dan politik, namun tidak ramai yang tahu sebenarnya generasi muda Cina hari ini bermasalah, kata Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan mendedahkan, sekurang-kurang 25 peratus pelajar-pelajar etnik Cina keciciran di peringkat sekolah menengah.

Katanya, situasi itu berlaku disebabkan suasana persekolahan rendah jenis kebangsaan kurang mengambil aspek kesediaan untuk pelajar belajar di sekolah menengah kebangsaan kelak.

“Antara faktor lain adalah kerana ingin mencari duit daripada belajar. Ada yang gagal menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris menjadi sebab kenapa meninggalkan alam persekolahan. Permasalahan keciciran sekolah ini lebih kelihatan di kawasan penempatan kelas menengah rendah ke bawah di bandar-bandar besar.

“Hakkatnya, bukan semua yang tercicir ini pergi belajar kemahiran tetapi terdapat sebahagian mereka terlibat dengan ‘dunia gelap’. Akibatnya, sesetengah mereka mula terlibat dalam gengsterisme apabila mencecah Tingkatan Satu, mereka membentuk kumpulan-kumpulan tertentu dalam sesebuah sekolah,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Beliau membuat andaian punca ramai anak Cina bermasalah adalah disebabkan parti rasis dan anti-Islam, MCA gagal menangani isu berkenaan.

“Kegagalan MCA dalam menangani isu pelajar-pelajar Cina yang tercicir turut menyumbang kepada isu ramai anak-anak muda Cina berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki.

“Situasi ini adalah diakibatkan kerana ramai anak-anak muda Cina tidak mampu memasuki universiti awam mahupun untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Iskandar berpendapat, MCA menjadi lebih teruk ketika PRU13 apabila parti itu kalah teruk dalam pilihan raya dengan hanya memenangi 7 kerusi Parlimen daripada 37 kerusi Cina yang dipertandingkan, dan 11 kerusi Dun daripada 90 kerusi Dun yang dipertandingkan.

Katanya, kekalahan itu menyebabkan suara akar umbi mahu Chua Soi Lek meletakkan jawatan.

Kemudian, Liow Tiong Lai yang merupakan Timbalan Presiden MCA dilantik secara rasmi sebagai Presiden MCA ke-10.

“Seharusnya, bermula dengan era Liow, isu pendidikan dalam kalangan anak-anak muda Cina perlu diberi keutamaan sebelum PRU14,” katanya.

The post MCA gagal tangani masalah anak Cina tercicir belajar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian