ismakualaterengganu

MCA kurang ajar, lempar dasar Perlembagaan kerana UEC: Pemuda Isma

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Parti Cina rasis, MCA yang kononnya berpegang dengan dasar Perlembagaan dila...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Parti Cina rasis, MCA yang kononnya berpegang dengan dasar Perlembagaan dilabel kurang ajar apaila mempertahankan Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) sehingga melempar jauh semangat Perlembagaan.

Parti anti-Islam itu sebelum ini, bertegang urat membantah sekeras-kerasnya usul untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di Parlimen, kononnya atas dasar Perlembagaan.

Namun Timbalan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Asmadi Abdul Samad berkata, MCA dilihat berpaling tadah dengan pendirian kononnya berperlembagaan itu apabila ia membabitkan isu UEC.

“Memang kurang ajar MCA! Berdiam di atas tanah air bernama Malaysia, bergelar rakyat kepada sebuah negara bernama Malaysia yang disatukan oleh Perlembagaan, yang disepakati bersama sejak sekian lama, namun enggan rupanya akur pada dasar dan sistem pendidikan negara yang sejak sekian lama menyatukan rakyat negara ini.

“Bahkan memaksa negara ini menerima sistem luar yang tidak memberikan manfaat bersama buat rakyat seluruhnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan MCA semalam, yang membidas Perkasa berhubung isu UEC, termasuk mendakwa sijil berkenaan dipandang tinggi di peringkat antarabangsa kerana diiktiraf pelbagai universiti terkemuka seluruh dunia.

Menurut Asmadi, tiada sebab untuk rakyat di negara ini menerima UEC sedangkan pentaksiran dan penilaian sedia ada dalam sistem pendidikan juga sememangnya diterima serta diiktiraf dunia.

Tegasnya, ia bukan lagi soal kualiti sijil sebaliknya hasrat dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bakal dipinggirkan sekiranya UEC diiktiraf.

“Nampaknya MCA terlalu memandang rendah sistem pendidikan yang ada di negara ini malah mengangkat Taiwan sebagai kiblat pendidikan mereka.

“Acapkali hujah yang menyatakan bahawa kalian telah melaburkan sebegitu banyak wang untuk membangunkan sekolah-sekolah ini maka dengan demikian pengiktirafan UEC sepatutnya diberikan bagi meraikan usaha tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan dan tindakan pimpinan parti itu jelas menunjukkan mereka lupa status sebagai rakyat di sebuah negara yang mempunyai prinsip dan perundangan.

“Apakah dengan wang yang kalian laburkan dalam membangunkan sekolah-sekolah kalian membuatkan kalian rasa bahawa kalian boleh membeli kedaulatan negara? Amatlah jijik sekali sikap sedemikian.

“Apakah muslihat kalian sebenarnya? Atau sememangnya ketaatan dan kesetiaan kalian bukan kepada ibu pertiwi ini?,” katanya.

Justeru, MCA dicabar untuk membuktikan bahawa sekolah aliran Cina mampu menjadi ejen perpaduan kaum serta menunjukkan kepatuhan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Buktikan bahawa sekolah-sekolah ini bukan sekadar mengeluarkan batang tubuh manusia yang kononnya rakyat Malaysia tetapi berbahasa Melayu pun tidak mampu apatah lagi menghayati dan menghormati Perlembagaan negara ini,” katanya.

The post MCA kurang ajar, lempar dasar Perlembagaan kerana UEC: Pemuda Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3697249405105524836

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item