ismakualaterengganu

MITI perlu dedah kos dibayar Geely beli saham Proton

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu mendedahkan kos yang dibayar Zhejiang...

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu mendedahkan kos yang dibayar Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk membeli 49.9 peratus saham Proton Holdings Bhd.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong berkata, selepas Proton menjual pegangan saham kepada Geely, mereka perlu memberitahu jumlah tersebut.

“Saya minta MITI beri jawapan kerana RM13.9 bilion merupakan duit rakyat. Kita jual pegangan saham, tapi tidak tahu berapa banyak duit yang kita terima dari China,” katanya yang dipetik daripada portal berita, hari ini.

Teo menjelaskan, meskipun Proton merupakan entiti swasta, kerajaan memberi bantuan kewangan sebanyak RM13.9 bilion kepada syarikat pengeluar kereta nasional itu, sejak penubuhannya pada 1985.

Teo berkata, pertanyaannya sebelum ini tidak dijawab MITI dan melalui jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, ia hanya memaklumkan melalui pengambilalihan itu, Proton akan mendapat suntikan dana sebanyak RM170.3 juta daripada Geely dan pengeluaran kereta model Boyue bernilai RM290 juta sebagai SUV pertama Proton.

MITI berkata, kerajaan juga tidak campur tangan dalam urusan pelantikan warganegara China, Li Chunrong sebagai ketua pegawai eksekutif Proton berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

The post MITI perlu dedah kos dibayar Geely beli saham Proton appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4127520672115435036

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item