Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Polis menggesa supaya lebih ramai lagi pihak yang tampil untuk membantu melaporkan kegiatan perjudian haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, masyarakat perlu memainkan peranan lebih besar dalam membanteras aktiviti haram itu.

Beliau turut memberi jaminan terhadap orang ramai yang tampil memberikan maklumat berhubung kegiatan itu akan dilindungi.

“Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk memastikan sesiapa yang memberi maklumat dilindungi.

“Kami memerlukan orang ramai untuk membantu kita. Sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat, tampil dengan segera,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 628 serbuan telah dilakukan berhubung kes berkenaan.

“Kita menahan 609 orang termasuk pemilik premis judi. Kita juga merampas 7,834 mesin dan peranti judi.

“Kita telah memusnahkan 3,826 buah komputer, 41 simulator, 15 komputer riba, dua tablet dan iPad bernilai RM2.3 juta,” katanya.

The post Orang ramai digesa tampil bantu banteras kegiatan judi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian