Oxford tarik balik anugerah kebebasan Aung San Suu Kyi

LONDON, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Oxford telah menarik balik Anugerah Kebebasan yang pernah diberikan kepada pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi.

The Independent melaporkan, tindakan itu dilakukan kerana majlis daerah khas di Oxford Town Hall itu enggan dikaitkan dengan “mereka yang menutup mata pada keganasan”.

Crll Mary Clarkson, yang mencadangkan usul itu, berkata: “Ketika Aung San Suu Kyi diberikan Anugerah Kebebasan Kota pada tahun 1997 itu, dia mencerminkan toleransi dan semangat Oxford.

“Kami meraikannya kerana penentangannya terhadap penindasan dan ketenteraan di Burma.

“Hari ini kami telah mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana dia tidak melakukan apa apa tindakan dalam menghadapi penindasan penduduk minoriti Rohingya,” katanya.

Pemimpin Myanmar lulusan Oxford dianugerahkan pingat tertinggi kota bersejarah itu pada 1997, mengenang “perjuangan panjang untuk demokrasi”.

Beliau dikurnia darjah itu selepas menghabiskan masa bertahun-tahun dalam tahanan rumah di Rangoon oleh junta tentera negara itu.- Agensi

The post Oxford tarik balik anugerah kebebasan Aung San Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian