Pakatan bersedia kemungkinan pendaftaran Bersatu dibatal menjelang PRU14

KUANTAN, 30 Safar 1439H, Ahad – Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

“Tidak ada masalah…Jika ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (ROS) buat masalah dengan DAP.

“…kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan,” katanya semalam.

PPBM berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata, beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan yang terbaik.

Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo ‘Roket’ tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Dis 2012.

Ketika itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, ROS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu. – Bernama

The post Pakatan bersedia kemungkinan pendaftaran Bersatu dibatal menjelang PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian