PAS cadang tarik balik pingat kehormat indvidu terlibat jenayah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – PAS mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu ditarik balik, sekiranya mereka terlibat dengan perlakuan jenayah atau kesalahan rasuah.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu dikemukakan supaya penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

Beliau berkata, setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara.

“Maka, penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji.

“Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat itu,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu Tuan Ibrahim juga berkata, adalah lebih baik sekiranya diadakan saringan sebelum pemberian pingat berkenaan.

“PAS juga mencadangkan saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya,” katanya.

The post PAS cadang tarik balik pingat kehormat indvidu terlibat jenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian