ismakualaterengganu

Patuh saja larangan swafoto di Masjidil Haram, Masjid Nabi

Oleh Athirah Huda Zalhe PUTRAJAYA, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kerajaan Arab Saudi mempunyai kuasa melarang pengunjung Tanah Suci berswa...

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kerajaan Arab Saudi mempunyai kuasa melarang pengunjung Tanah Suci berswafoto berlatarbelakangkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, meskipun ia adalah sesuatu yang harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, dalam konteks itu, sesuatu tindakan pemerintah sudah tentu mempunyai kepentingan dan maslahahnya, dan ia sepatutnya dipatuhi rakyat dan pengunjung.

“Jadi, apabila ia dilarang maka perlu ikut dan patuhlah walaupun sesuatu perkara yang harus. Itu hubungan rakyat dan pemerintah.

“Sebagai contoh, kita bebas nak meletak kereta di mana sahaja, tetapi jika pemerintah tidak boleh meletak kenderaan di sini, maka ikutlah.

“Dalam konteks ini, kita yakin apabila ia dilarang atau diharamkan, pasti ada maslahahnya. Jadi perlu ikutlah, itu prinsipnya,” katanya pada sidang media Syarahan Umum Daulatkan Islam Agenda Negara (DIAN) anjuran Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengharaman swafoto dan video oleh Arab Saudi di Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi atau ‘Masjid Nabi’ di Madinah, kuatkuasa sejak 12 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan berkata, perbuatan mengambil gambar dan video di kedua-dua masjid itu akan menganggu jemaah lain untuk beribadat.

Sekiranya perkara itu gagal dipatuhi pengunjung, peralatan yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

The post Patuh saja larangan swafoto di Masjidil Haram, Masjid Nabi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1719803485516699232

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item