ismakualaterengganu

Penerbangan ke Bali dibatalkan hingga esok

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar, Bali sehingga esok dibatalkan susulan leda...


KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar, Bali sehingga esok dibatalkan susulan ledakan Gunung Agung, Indonesia.

Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan berkata, maklumat mengenai jadual penerbangan baharu akan dimaklumkan selepas keadaan cuaca bertambah baik, bergantung kepada pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar.

Kepada penumpang yang terjejas, mereka boleh mendapatkan bayaran balik sepenuhnya ke atas tiket yang dikeluarkan pada 27 November dan hari ini, selewat-lewatnya pada 11 Disember 2017 tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Untuk penumpang yang mahu melakukan penukaran destinasi, ia hanya dibenarkan bagi perjalanan ke ASEAN termasuk Jakarta dan Surabaya.

Selain itu, penerbangan AirAsia dan AirAsia X dari atau ke Bali dan Lombok juga turut dibatalkan hari ini atas punca sama.

Bagaimanapun penumpang Air Asia akan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan email serta penumpang dinasihatkan sentiasa mengemaskini data peribadi di www.airasia.com.

The post Penerbangan ke Bali dibatalkan hingga esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4728614658356935601

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item