Pengambilan pekerja dalam talian naik 7 peratus

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1439H, Khamis – Aktiviti pengambilan pekerja secara dalam talian di Malaysia mencatat pertumbuhan tujuh peratus pada September 2017 berbanding bulan sama tahun lalu, dengan sektor minyak dan gas muncul sektor mencatat prestasi terbaik, demikian menurut dapatan terkini, Indeks Pekerjaan Monster.

Indeks itu mengukur aktiviti tawaran pekerjaan secara dalam talian dan dikumpulkan secara bulanan oleh Monster.com.

Dalam kenyataan hari ini, Monster.com berkata, sektor minyak dan gas mencatatkan pertumbuhan 37 peratus tahun-ke-tahun dalam pengambilan pekerja secara dalam talian, diikuti teknologi maklumat, penyedia perkhidmatan telekomunikasi/internet dan penyumberan luar proses perniagaan/perkhidmatan berkeupayaan internet, mencatatkan pertumbuhan 34 peratus.

Pengarah Urusan Asia Barat dan APAC Monster.com, Sanjay Modi, berkata peralihan yang kukuh daripada asas pembuatan yang teguh kepada teknologi digital dan kemahiran lanjutan meningkatkan pasaran pekerjaan Malaysia dengan peluang baharu.

“Ini berita baik. Bagaimanapun, untuk kekal relevan dan diambil bekerja, tenaga kerja di semua peringkat perlu terus meningkatkan kemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang dinamik,” katanya. – Bernama

The post Pengambilan pekerja dalam talian naik 7 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian