Perkasa gesa Dong Zong henti minta iktiraf UEC

TUMPAT, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) digesa menghentikan desakan terhadap kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Che Asri Ali berkata, Dong Zong sepatutnya menghormati Dasar Pendidikan Negara.

“UEC wajar ditolak bukan atas dasar perkauman mahupun politik tetapi disebabkan tindakan angkuh kumpulan berkenaan yang seolah-olah memperkecilkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Dong Zhong tidak sepatutnya menimbulkan isu tersebut lagi pada masa akan datang, sebaliknya akur dan patuh terhadap dasar pendidikan yang sedia ada,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Gusar dengan desakan pertubuhan itu, Che Asri berkata, pihaknya khuatir jika sijil tersebut diiktiraf ia akan mengundang persepsi negatif terhadap Dasar Pendidikan Negara yang selama ini telah menjadi teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.

“UEC dikendalikan dalam bahasa lain (bukan Bahasa Melayu) dan tidak mengikuti silibus Kementerian Pendidikan. Ini jelas berada di luar sistem pendidikan negara.

“Sebenarnya semua sekolah mene­ngah atau sekolah tinggi persendirian Cina di negara ini telah diberi peluang untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan sewaktu kita mencapai kemerdekaan.

“Namun ada menyertainya dan ada yang tidak menyertainya de­ngan menjadi sekolah persendirian Cina yang menawarkan UEC,” katanya.

The post Perkasa gesa Dong Zong henti minta iktiraf UEC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian