ismakualaterengganu

Perkasa syor kerajaan wujud Akta Sabotaj atasi rasuah

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengesyor kerajaan mempertimbang penubuhan Akta Sabota...

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengesyor kerajaan mempertimbang penubuhan Akta Sabotaj Ekonomi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, akta itu perlu dilaksanakan bagi menangani kes-kes besar melibatkan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Apabila kes besar berlaku, kita sering mendengar penahanan dibuat, direman dan dibawa ke mahkamah namun akhirnya kes itu menjadi sepi.

“Akta itu perlu dilakukan dengan menggunakan konsep Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana peruntukan undang-undang sedia ada sangat panjang dan longgar,” katanya.

Sebelum ini, Ibrahim pernah memberi tiga cadangan untuk mengurangkan kadar rasuah yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Antara cadangan itu ialah SPRM diletakkan di bawah kuasa Parlimen, pindaan terhadap hukuman dan mewujudkan Akta Sabotaj yang menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ibrahim berkata, sekiranya ketiga-tiga cadangan itu diterima, gejala rasuah sekurang-kurangnya dapat dikurangkan dan memberi kesedaran kepada perasuah untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

The post Perkasa syor kerajaan wujud Akta Sabotaj atasi rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1787668825736007453

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item