Perlis pantau aktiviti penceramah agama

PERLIS, 21 Safar 1439H, Jumaat – Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti sentiasa memantau aktiviti penceramah agama di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia negeri, Khairi Hassan berkata setiap penceramah sama ada dari dalam atau luar Perlis yang hendak memberi ceramah di negeri itu, perlu mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan.

“Permohonan tersebut perlu dibuat oleh pihak penganjur dan penceramah sendiri. Jika ceramah dibuat tanpa kebenaran, kedua-dua pihak boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom di Parlimen pada Rabu lalu.

Semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berkata pemberian tauliah tertakluk kepada bidang kuasa jabatan agama negeri masing-masing.

Khairi berkata bagi penceramah tempatan di negeri ini, mereka diberi tauliah setahun sekali untuk membolehkan mereka berceramah atau mengajar agama di masjid atau surau serta melalui siaran radio tempatan.

“Tujuan pendekatan ini dibuat adalah untuk memastikan setiap ceramah atau pengajaran agama Islam di negeri ini tidak bercanggah daripada ajaran Islam sebenar berpandu kepada Sunah Waljamaah yang berpegang kepada al-Quran dan hadis,” katanya. – Bernama

The post Perlis pantau aktiviti penceramah agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian