Perodua lancar Myvi baharu lebih hebat, tempahan dibuka esok

KUALA LUMPUR, 19 Safar 1439H, Rabu – Tempahan dua model baharu Perodua Myvi 2018 akan dibuka di semua pusat pameran syarikat automotif itu di seluruh negara, esok.

Menurut laman automotif, kereta jenis hatchback serba baharu itu dibuka untuk tempahan dengan harga bermula daripada RM44,300 dan sehingga RM55,300.

Ianya disediakan dengan lima varian. Bagaimanapun, laman itu berkata, butir-butir lengkap belum lagi dikeluarkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk DrAminar Rashid Salleh berkata, Myvi serba baharu ini melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan.

“Model ini dilengkapi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dan merupakan kenderaan cekap tenaga EEV,” katanya.

Myvi baharu hadir dengan transmisi manual lima kelajuan bagi 1.3L dan empat kelajuan untuk automatik AT.

Terdapat lima pilihan warna untuk Myvi 1.3, iaitu, Ivory White (solid), Glittering Silver (metalik), Mystical Purple (metalik), Lava Red (metalik), Peppermint Green (metalik). Peppermint Green merupakan warna pilihan baharu, eksklusif bagi model 1.3

Manakala pilihan warna untuk Myvi 1.5 juga sama tetapi ditambah dengan Granite Grey (metalik) dan tidak mempunyai pilihan warna Peppermint Green.

Difahamkan, sistem baharu, Eco Idle, di mana enjin akan mati dengan sendiri apabila kereta berhenti dan hidup semula apabila pedal brek dilepaskan, turut dipasang.

Sistem ini ditambah dengan penambahbaikan aerodinamik, mengurangkan penggunaan minyak iaitu 201. kilometer untuk setiap liter bagi 1.5AT.

Myvi baharu ini lebih panjang, rendah dan lebar berbanding model sama sebelum ini, serta menggunakan rim aloi 14 inci bagi 1.3 dan 15 inci bagi versi 1.5.

Beberapa sistem baharu lain turut dipasang, termasuk sistem amaran sebelum kemalangan dan sistem amaran brek sebelum kemalangan, serta enam beg udara bagi varian 1.5 dan empat untuk 1.3.

Selain pengumuman itu, Perodua turut memperkenalkan logo Myvi baharu yang dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh di Kuala Lumpur, hari ini.

The post Perodua lancar Myvi baharu lebih hebat, tempahan dibuka esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian