ismakualaterengganu

Pesalah trafik gagal bayar kompaun akan dihadapkan ke mahkamah tahun depan

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesed...

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan dihadapkan ke mahkamah mulai awal tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata tindakan tersebut juga diambil untuk semua saman yang dikeluarkan mulai 1 Mei tahun ini.

“Kementerian bercadang untuk memulakan pendakwaan kes AWAS mulai 2018. Justeru, kini kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang membuat persiapan untuk mengarahkan pesalah lalu lintas AWAS untuk hadir ke mahkamah.

“Sekarang ini jumlah kompaun adalah sebanyak RM150 tetapi apabila di mahkamah, jumlah tersebut akan dinaikkan yang mana minimum jumlah denda adalah RM300,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengenai tarikh penerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. – Bernama

The post Pesalah trafik gagal bayar kompaun akan dihadapkan ke mahkamah tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3722367303458267484

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item