Piala Malaysia: TMJ bantu penyokong hijau kuning, bidas MB dan Pemuda UMNO Kedah

BANGI, 14 safar 1439H, Jumaat – Isu ketiadaan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dihadapi penyokong tegar Kedah, mendapat perhatian Presiden FAM yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ), yang pada masa sama membidas kelemahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

TMJ juga menegur Pemuda UMNO Kedah supaya ‘menjaga mulut’ dan mengutamakan rakyat, bukannya menjaga kepentingan diri sendiri.

Isu ketiadaan tiket oleh penyokong tegar Kedah bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok, menyebabkan hubungan dengan penyokong Johor tegang.

Berikutan itu, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, beliau sudah menghubungi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bagi mencetak 1,000 keping tiket tambahan kepada penyokong skuada Kenari.

“Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini.

“Inilah terjadi apabila ada Menteri Besar yang kurang tegas dan terdapat orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi FAM, malam tadi.

Dalam kenyataan itu, TMJ juga mendedahkan beberapa perkara yang berlaku, termasuk membabitkan Exco FAM, elemen politik dalam bola sepak dan ugutan Ahli Exco Kedah kepada FMLLP supaya tidak menjemput bekas Ketua Pasukan Kedah, Radhi Mat Din membuka tirai perlawanan akhir itu.

Kenyataan penuh TMJ boleh dibaca di ruang Pendapat Ismaweb.net

The post Piala Malaysia: TMJ bantu penyokong hijau kuning, bidas MB dan Pemuda UMNO Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian