Pilih keamanan atau Hezbollah, kata Riyadh kepada Beirut

JEDDAH, 18 Safar 1439H, Selasa – Arab Saudi menuduh Beirut ‘mengisytiharkan perang’ terhadap Riyadh kerana tindakan agresif kumpulan militan Hezbollah, mencetuskan suasana semakin tegang yang boleh menjejas dan mengancam kestabilan Lubnan.

Berikutan itu, Riyadh memberi kata dua kepada Beirut sama ada memilih keamanan atau bersekutu dengan kumpulan militan Syiah Hezbollah.

Risiko krisis semasa, melemahkan lagi keadaan politik Lubnan yang mula rapuh sejak Saad Hariri, yang disokong Riyadh, meletak jawatan Perdana Menteri, Sabtu lalu, menyalahkan Iran dan Hezbollah kerana menanam persengketaan di rantau itu.

Kumpulan militan Hezbollah yang turut menguasai Lubnan adalah sekutu kuat Syiah Iran.

Tindakan Saad Hariri yang tidak diduga itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan jurang serantau antara Iran dan Negara Teluk, khususnya Arab Saudi.

Saad Hariri, ahli politik bermazhab Ahli Sunnah yang mempunyai hubungan rapat sejak lama dengan kerajaan Arab Saudi mengumumkan peletakan jawatannya di Riyadh.

Keputusannya sekali gus menjatuhkan kerajaan gabungan yang turut dianggotai pemimpin Hezbollah.

Berucap menerusi televisyen ketika mengumumkan peletakan jawatannya, Saad Hariri percaya keselamatannya terancam sebagaimana yang berlaku terhadap bapanya.

Beliau juga mendedahkan peranan Iran dalam melakukan gangguan dan kemusnahan di Lubnan, selain mengkritik Hezbollah kerana mewujudkan negara dalam negara. Anggota Hezbollah turut menganggotai kerajaan Saad Hariri, Ahli Parlimen dan mempunyai sayap bersenjata sendiri.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Teluk Arab Saudi, Thamer al-Sabhan berkata, kerajaan Lubnan akan disifatkan sebagai ‘kerajaan yang mengisytiharkan perang terhadap Arab Saudi’ kerana tindakan agresif kumpulan Hezbollah.

Dalam temu bual dengan Al Arabiya hari ini, Thamer berkata, Hezbollah terbabit dalam setiap tindakan keganasan yang mengancam Arab Saudi.

“Lubnan mesti memilih keamanan atau bersekutu dengan Hezbollah,” katanya tanpa menjelaskan apakah tindakan yang akan diambil oleh Riyadh terhadap Beirut. – Agensi

The post Pilih keamanan atau Hezbollah, kata Riyadh kepada Beirut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian