Polis jamin rumah mangsa banjir selamat

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak bimbang keselamatan rumah sekiranya diminta untuk berpindah, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad.

Beliau berkata, polis akan melakukan rondaan dan kawalan yang kerap dalam tempoh 24 jam di lima daerah dilanda banjir di negeri itu, termasuk memberi jaminan terhadap keselamatan kediaman mereka.

“Setakat ini lima daerah yang dilanda banjir iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Setakat petang tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 834 orang berbanding 631 orang pada tengah hari ini.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat iaitu 9.52 meter pada 5 petang tadi, berbanding 9.34 meter pada 1 tengah hari (paras bahaya 9 meter).

The post Polis jamin rumah mangsa banjir selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian