Polis KL tumpu banteras ancaman Daesh, gangsterisme dan ragut

BANGI, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Polis Kuala Lumpur memberi tumpuan membanteras ancaman kumpulan militan Daesh, gangsterisme dan ragut, antara jenayah yang semakin berleluasa di negeri itu.

Ketua Polisnya, Datuk Mazlan Lazim berkata, semua warga polis kontinjen perlu bersama-sama dengannya dalam memastikan misi tersebut tercapai.

“Kita akan memberi tumpuan kepada unsur militan Daesh, yang mana saya akan mendengar taklimat daripada Jabatan Cawangan Khas mengenai kesiapsiagaan jabatan itu untuk memastikan tiada anasir militan bercambah di Kuala Lumpur.

“Saya juga melihat aktiviti mahupun sindiket gangsterisme sebagai satu yang akan diberi tumpuan. Kita tidak mahu mereka memperlekehkan kita (polis) sebaliknya akan ada operasi untuk mengekang sindiket ini.

“Malah, jenayah jalanan seperti ragut juga akan diberi tumpuan khusus bagi memastikan rakyat dan pelancong yang berada di Kuala Lumpur berasa selamat. Ini komitmen saya selaku Ketua Polis,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, polis KL juga akan memfokuskan jenayah lain seperti Macau Scam, perjudian atas talian, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk aktiviti pelacuran dan trafik.

Katanya, jenayah seperti itu akan dibanteras bagi memastikan rakyat berasa selamat berada di bandar raya Kuala Lumpur.

The post Polis KL tumpu banteras ancaman Daesh, gangsterisme dan ragut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian