Polis nafi berlaku letupan di ibu negara, Perak

BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Polis menafikan penyebaran maklumat di laman sosial kononnya berlaku letupan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara dan di utara Perak.

Ia susulan tularnya gambar berhubung penemuan kotak di sebuah pusat membeli-belah di Pantai Dalam pada Khamis lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengunjung yang menganggap bahawa ianya sebagai bom.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid mengesahkan bahawa tiada bahan letupan ditemui dalam kotak itu.

“Kotak itu telah dimusnahkan,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Sehubungan itu, ACP Ruslan menasihatkan orang ramai supaya bertanggungjawab apabila berkongsi sebarang maklumat dalam talian.

“Seperti yang diketahui, kotak itu ditinggalkan sebagai bahan jenaka. Orang ramai perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang diterima sebelum dikongsi,” katanya.

Sementara di Ipoh, Timbalan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Raduan Mohamad menafikan bahawa terdapat kejadian letupan berlaku di negeri itu.

Sebaliknya menurut beliau, satu letupan kecil berlaku ketika sebuah kilang papan lapis di daerah itu terbakar.

The post Polis nafi berlaku letupan di ibu negara, Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian