ismakualaterengganu

Polis nafi cubaan culik murid sekolah di Port Dickson

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Polis hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial, kononnya mendakwa cubaan penculikan...

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Polis hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial, kononnya mendakwa cubaan penculikan murid sekolah rendah berlaku berhampiran kem tentera Batu 5, Port Dickson.

Khabar angin itu mula tular sejak awal hari ini di Facebook, kononnya seorang lelaki dikatakan berjaya melepaskan diri daripada ditangkap oleh orang ramai ekoran didakwa cuba menculik murid.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad menafikan dakwaan itu dan menyifatkan kejadian itu hanyalah salah faham.

“(Ini sebenarnya) kes seorang lelaki yang kurang waras cuba memasuki sebuah trak sekolah tentera.

“Bagaimanapun, lelaki itu telah dihantar ke balai polis, dan ibu bapanya telah membawanya pulang. Ia bukanlah penculikan,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Sehubungan itu, Zainudin menggesa orang ramai supaya tidak terlalu cepat menyebarkan berita yang tidak disahkan kerana boleh mencetuskan panik kepada masyarakat.

Beliau berkata, individu yang berbuat demikian boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerena memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ekoran menyebarkan berita palsu.

The post Polis nafi cubaan culik murid sekolah di Port Dickson appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 514430728130600588

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item