PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon dari beberapa parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya memberi peluang kepada mana-mana parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calon.

“Bagaimanapun, tiada paksaan kepada parti-parti terbabit untuk berbuat demikian. Sekiranya kita ada terima, kita bersedia untuk melakukan proses saringan.

“Hal ini kerana ia dilakukan secara sukarela oleh parti-parti yang ingin bertanding dalam PRU14 kelak,” katanya.

Beliau berkata, proses saringan adalah untuk memastikan bakal-bakal calon terbabit bersih khususnya daripada aspek salahguna kuasa atau rasuah.

The post PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian