PULAU PINANG DILANDA BANJIR: Isma SPU mula bergerak untuk beri bantuan

Oleh Latifah Hashim

SUNGAI DUA, 16 Safar 1439H Ahad

Hujan lebat sejak pukul 2 petang semalam mengakibatkan banyak kawasan di sekitar negeri Pulau Pinang dilanda banjir. Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 09:30malam, hujan sangat lebat berterusan berserta angin kencang yang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim & Bandar Baharu) dijangka sehingga Ahad, 5 November 2017.

Sehubungan itu, oang ramai dinasihatkan agar berhati-hati berikutan banyak jalan sudah dinaiki air. Keadaan ini turut membimbangkan apabila pokok tumbang dan menghalang laluan orang ramai.

Jawatan kuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rahim Sudin telah menggerakkan ketua syukbah Bertam, Tanjung dan Kulim untuk turun memberi bantuan kepada ahli yang terlibat. Kawasan yang terlibat banjir antaranya Lahar Yooi, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bayan Lepas, Georgetown dan Relau.

Rentetan itu, sumbangan berbentuk wang tunai sedang diuruskan untuk disalur bagi meringankan beban ahli ISMA yang terlibat.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian