Putera Arab Saudi, ahli perniagaan buat bayaran pembebasan

RIYADH, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kerabat diraja dan ahli perniagaan Arab Saudi yang ditangkap oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, dalam operasi mencegah rasuah, dikatakan mula membuat bayaran sebagai pertukaran kepada pembebasan mereka, lapor Bloomberg.

Agensi berita perniagaan itu memetik sumber berkata, sesetengah tokoh berprofil tinggi yang kini ditahan di hotel Ritz-Carlton di Riyadh, termasuk jutawan terkemuka Putera Al-Waleed Bin Talal, menandatangani dokumen perjanjian dengan pihak berkuasa untuk memindah sebahagian daripada aset mereka, bagi mengelak perbicaraan di mahkamah.

Sumber itu menjelaskan bahawa sesetengah daripada mereka yang ditahan itu juga dilaporkan sudah mula memindahkan dana daripada akaun peribadi mereka ke dalam akaun kawalan kerajaan.

Minggu lalu, Financial Times melaporkan Putera Mohammed dikatakan berunding jalan penyelesaian dan membuat tawaran kepada semua yang ditahan, mereka akan dibebaskan jika menyerahkan 70 peratus daripada kekayaan kepada kerajaan.

Wall Street Journal pula membuat anggaran sekurang-kurangnya 2,000 akaun bank milik mereka yang ditahan telah dibekukan, yang mencecah sehingga AS$800 bilion.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga dilaporkan turut menangkap ahli perniagaan yang mempunyai dua kerakyatan – Arab Saudi dan Ethopia – Mohammed Hussein Al-Amoudi.

Mohammed Hussein mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Ethopia dan penangkapannya, menurut penganalisis, boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi negara itu. – Agensi

The post Putera Arab Saudi, ahli perniagaan buat bayaran pembebasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian