Rejim Syria bom sekolah, tujuh kanak-kanak maut

DAMASCUS, 14 Safar 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas rejim Syria mengebom sebuah sekolah di timur Ghouta, Selasa lalu, kali kedua dalam tempoh seminggu, lapor Syria Direct.

Beberapa pengeboman yang dilakukan di pinggir Damascus menyebabkan pihak sekolah di Jasreen mengarahkan pelajar untuk pulang lebih awal.

Tatkala, kanak-kanak keluar dari bangunan sekolah, bom jatuh dan meletup berhampiran mereka menyebabkan lima pelajar terbunuh di tempat kejadian dan dua lagi dalam perjalanan ke hospital, kata jurucakap Jabatan Pendidikan tempatan, Bassam Al-Tounsi.

Menerusi klip video yang disiarkan Pegawai Media Jisreen, kanak-kanak yang cedera berlumuran darah dilihat menjerit, sementara yang lain diam kerana terkejut. Sekurang-kurangnya tujuh yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan tenat, manakala seorang kanak-kanak putus kedua-dua kakinya.

Doktor yang merawat pesakit dan melakukan pembedahan mengadu mengenai kekurangan ubat berikutan pengepungan berterusan tentera rejim Bashar Al Assad.

Serangan Selasa lalu adalah yang kedua ke atas sekolah dalam tempoh tiga hari. Ahad lalu, askar rejim Syria mengebom sebuah tadika berhampiran bandar Kafr Batna. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.

Timur Ghouta adalah salah satu daripada empat wilayah yang diisytiharkan zon gencatan senjata oleh Russia, Iran dan Turki dalam usaha membendung pertempuran dalam perang saudara di Syria. Bagaimanapun, wilayah itu sejak kebelakangan ini dibedil oleh askar rejim Syria.

Wilayah itu juga berdepan kepungan dan sekatan sejak 2013, menyebabkan bekalan makanan, minyak dan ubat-ubatan sukar diperoleh. – Agensi

The post Rejim Syria bom sekolah, tujuh kanak-kanak maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian