Rejim Zionis Israel geledah sekolah, tahan guru

 

BAITULMAQDIS TIMUR, 19 Safar 1439H, Rabu – Timbalan pengetua dan tiga guru ditangkap dalam serbuan polis rejim Zionis ketika menyerbu tadika dan sekolah yang enggan mematuhi kurikulum ditetapkan Israel, di timur Jerusalem, kelmarin.

Polis Israel dilaporkan memasuki tadika Zahwa al-Quds dan sekolah rendah di kawasan kejiranan di timur Jerusalem yang diduduki di Beit Hanina, Isnin lalu, dan melakukan penangkapan kerana kakitangan sekolah enggan mengikuti standard pendidikan Israel.

“Rejim Tel Aviv cuba memaksa sekolah Palestin untuk mengikut kurikulum pendidikan Israel,” kata Ketua Jawatankuasa Induk sekolah itu, Ziad al-Shamali.

“Kami menolak apa yang mereka mahukan. Jadi mereka memutuskan untuk menyerbu sekolah kami dan menakutkan anak-anak kami,” tegasnya.

Shamali berkata, pegawai itu juga merampas telefon dan rakaman kejadian itu daripada kamera litar tertutup (CCTV) sekolah.

Mereka yang ditahan bagaimanapun dibebaskan kemudian. – Agensi

The post Rejim Zionis Israel geledah sekolah, tahan guru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian