Remaja bawah umur khalwat bukan cerita dongeng

Gambar hiasan

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

SELAYANG, 19 Safar 1439H, Rabu – Masalah sosial melibatkan remaja bertambah serius sejak kebelakangan ini dengan wujud kes-kes remaja bawah umur terbabit dalam khalwat.

Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman berkata, isu remaja berkhalwat adalah realiti dan semua pihak perlu bekerjasama membanteras masalah ini.

“Selaku Kadi di Gombak, saya menyeru pihak masjid di daerah ini untuk memikirkan peranan yang boleh dimainkan bagi mendekatkan remaja di masjid dan surau.

“Kita sudah ada banyak ceramah yang menyasarkan golongan berumur. Sudah tiba masa untuk kita menarik anak muda remaja kita suka berkumpul di masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pengenalan PAID Gombak kepada rombongan ahli jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak yang membuat lawatan rasmi ke Kompleks Islam Daerah Gombak di sini, hari ini.

Selain itu katanya, penggunaan telefon bimbit dan media sosial yang tidak terkawal juga menyumbang kepada permasalahan remaja hari ini.

Menceritakan pengalaman seorang kakitangan PAID Gombak ketika mengadakan program di sebuah sekolah menengah di Rawang, Ustaz Zainal berkata, remaja berusia 13 tahun sudah pandai beronani dan terjebak dengan pornografi.

“Cuba bayangkan anak 13 tahun sudah pandai buat begitu. Maksudnya apa dia belajar masa umur 12 tahun atau sebelumnya. Perkara ini perlukan perhatian dan tindakan sewajarnya,” katanya.

Rombongan tujuh orang pimpinan Isma Gombak diketuai Yang Dipertua, Mohd Zuraidi Zakaria. Turut hadir Naib Yang Dipertua, Abdul Samad Ashaari dan Ketua Wanita Isma Gombak, Haliza Abd Aziz.

Pengarah Kelab Remaja Isma (KRIM) Gombak, Asyraf Azman ketika diminta mengulas isu remaja berkhalwat berkata, KRIM telah pun mengadakan program ‘Remaja Bijak Jauhi Zina’ di beberapa buah sekolah pada tahun ini.

“Kita sedia bekerjasama dengan pihak PAID Gombak, pihak sekolah dan pihak lain bagi meneruskan program kesedaran jauhi zina pada golongan remaja yang masih bersekolah,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan pagi tadi, Mohd Zuraidi berterima kasih kepada PAID Gombak kerana menerima kehadiran mereka.

“Banyak isu semasa di Gombak telah dibincangkan dan kita nampak banyak ruang kerjasama antara kedua-dua belah pihak,” katanya kepada Ismaweb.

The post Remaja bawah umur khalwat bukan cerita dongeng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian