RM5.96 bilion Wang Tak Dituntut masih dalam simpanan

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Jabatan Akauntan Negara mengesahkan RM5.96 Bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih dalam simpanan sehingga 31 Oktober lalu.

WTD adalah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, ianya akan dimasukkan dalam pindahan hasil.

Katanya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris mahu membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika mereka mempunyai dokumen kukuh.

Jelas beliau, prosedur untuk menuntut WTD sangat mudah. 

“Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.

“Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

“Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengulas lanjut Othman berkata, sejak Januari hingga Oktober, 52,015 pemilik akaun sudah membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara.

Katanya, paling ramai yang membuat semakan adalah dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

The post RM5.96 bilion Wang Tak Dituntut masih dalam simpanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian