Sayap perniagaan Felda tawar VSS kepada 236 pegawai atasan

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1439H, Sabtu – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) – sayap perniagaan Felda – mengumumkan langkah mengurangkan pegawai atasannya dengan menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

VSS yang ditawarkan kepada semua pegawai berjawatan pengurus besar dan ke atas adalah sebahagian daripada langkah untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad berkata, inisiatif itu sejajar dengan usaha strategik FGV bagi mencapai prestasi mampan dalam berdepan industri yang semakin mencabar.

“Inisiatif ini perlu bermula dari atas dan ia merupakan isyarat yang kami membuat keputusan yang sukar dalam usaha meningkatkan keyakinan pemegang saham dan pihak berkepentingan kami,” katanya.

FGV menjangkakan daripada 236 pegawai pengurusan kanan yang mendapat tawaran itu, 15 peratus daripadanya akan mengambil VSS.

Katanya, setakat ini struktur pengurusan semasa FGV kekal seperti biasa dan tiada perubahan.

Beliau berkata, S Palaniappan, yang mempunyai pengalaman selama hampir 40 tahun dalam industri perladangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kekal sebagai Ketua Pegawai Operasi dalam sektor perladangan yang bertanggungjawab ke atas aktiviti R&D, hiliran sawit dan huluan sawit.

“Datuk Khairil Anuar Aziz merupakan Ketua Pegawai Operasi sektor gula dan logistik serta lain-lain dengan tanggungjawab tambahan menyelia sektor gula, berkuat kuasa Januari 2018,” katanya.

Selain itu, Zakaria berkata, elaun bagi kumpulan pengurus besar, pengurus besar kanan dan naib presiden, termasuk beliau akan dikurangkan kira-kira 15 peratus sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan kos berhemat syarikat.

The post Sayap perniagaan Felda tawar VSS kepada 236 pegawai atasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian