Sekolah agama, tahfiz diminta segera mendaftar

BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa sekolah agama dan tahfiz yang masih belum mendaftar, supaya segera menyelesaikan proses tersebut dengan jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Beliau berkata, kira-kira 400 sekolah agama dan tahfiz masih gagal berbuat demikian, sekali gus menyukarkan institusi berkenaan mendapat manfaat yang dikhususkan melalui Bajet 2018.

“Kita bukan mahu menyekat kebebasan sekolah tahfiz melalui pendaftaran, tetapi mahu memastikan dana itu membantu mereka menaik taraf sekolah,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, hanya 612 sekolah dalam aliran itu yang berdaftar setakat ini, berbanding lebih 1,000 sekolah tahfiz yang dilaporkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Minggu lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar.

Menerusi belanjawan itu, Najib turut mengumumkan mengenai Skim Latihan Kemahiran GiatMara yang diperkenalkan kerajaan bagi menjadikan pelajar sekolah tahfiz lebih berkemahiran.

The post Sekolah agama, tahfiz diminta segera mendaftar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian